Al QURAN - KALAM ALLAH

Al QURAN - KALAM ALLAH

Thursday 16 October 2014

Madrasah Tahfiz Al-Quran Darussyifa Sri Repah, Tampin, Negeri Sembilan

Madrasah Tahfiz Al quran darus syifa sri repah tampin

Madrasah Tahfiz Al quran darus syifa sri repah tampin


Madrasah Tahfiz Al-Quran Darussyifa kampung Seri Repah Tampin merupakan madrasah tahfiz Al Quran yang di uruskan oleh jawatan kuasa yang di bentuk oleh madrasah tahfiz sendiri . Matlamat Madrasah Darus Syifa ialah untuk melahirkan generasi muda penghafal Al Quran yang taat pada perintah Allah dan mengamal Sunnah Nabi Muhammad Sallahu alayhi Wasallam.

Mereka mampu melahirkan para pelajar yang mahir dalam tahfiz al-Quran kerana mampu menghafal al-Quran dalam tempoh masa yang singkat sekitar 3 tahun pelajar di madrasah berkenaan.

Selain itu pelajar-pelajar juga di ajar fardu ain dan tauhid.

Madrasah ini telah di tubuhkan pada 1996 di mana pada awal penubuhan hanya seramai tiga pelajar dan seorang guru yang ketika itu beroperasi di bangunan rumah kayu.

Kini atas sumbangan bantuan dari masyarakat, telah terbinanya bangunan batu yang lebih selesa yang menempatkan seramai 150 pelajar dan sembilan guru sepenuh masa mengajar.

Pada 16.6.2011 madrasah telah menerima kunjungan Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri.

Tunku Besar telah bekesempatan melihat sendiri operasi pengajaran al-Quran yang di ajarkan di situ dan sempat melawat ke berapa kawasan di sekitar kawasan madrasah untuk lebih mengetahui keadaan di madrasah tersebut. Madrasah hanya terletak 10 kilometer dari Pekan Tampin.

Madrasah Tahfiz Al-Quran Darussifa di kampung Seri Repah Tampin telah berjaya melahirkan pelajar yang mahir dalam menghafal al Quran.

Pelajar yang di lahirkan dari madrasah berkenaan telah berjaya menjadi guru agama yang terkenal bila memasuki bulan Ramadhan pihak luar juga negara asing memohon untuk mendapatkan imam untuk solat tarawih.

Pihak Madrasah pernah menghantar pelajar untuk menjadi imam ke negara Afrika Selatan juga ada pelajar berjaya memasuki pusat pengajaran agama yang terkenal termasuk di Indonesia bagi memperolehi pengetahuan mengenai al-Quran dan fardu ain lebih mendalam.

Mudir Madrasah Tahfiz Al-Quran Darussyifa, Haji Suhaimi bin Hj. Othman mengatakan tanah di mana terdirinya Madrasah ini adalah tanah yang di wakafkan oleh seorang individu sejak tahun 1996.

Kini pihak madrasah juga telah di berikan seluas 6.1 ekar tanah lagi oleh individu berkenaan untuk tujuan mendirikan bangunan bagi tujuan pembelajaran al-Quran juga hadis yang akan memberikan peluang lebih ramai pelajar dapat pelajar di Madrasah berkenaan.

Pelajar yang belajar di situ terdiri dari mereka yang berlainan latar belakang keluarga dari seluruh negeri di Malaysia juga dari luar negara.

Individu-individu juga pihak syarikat-syarikat besar yang mahu menyumbang kepada madrasah amat di alu-alukan. Sumbangan boleh di salurkan terus kepada pihak Madrasah Tahfiz Al-Quran Darussyifa Kg Seri Repah, Tampin, Negeri Sembilan.

Hubungi :
Mudir Hj Suhaimi B. Hj Othman - 019 662 1522

Akaun Maybank Madrasah Tahfiz Al Quran Darussyifa - 555050106310